CràPpyŐldToWn
Just cut the crap out.
Friday, September 23, 2011
Realise Your Dreams Today with The Ultimate RM100K Giveaway FOR FREE from DealMates.com.
Monday, August 15, 2011
Sekadar Renungan Bersama
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.
betapa lamanya satu jam berada di masjid tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di pawagam.
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang berkali-kali.
Wednesday, August 10, 2011
Sunday, July 31, 2011
Monday, April 18, 2011
Susahnya jadi seorang ayah.
Susahnya menjadi seorang lelaki susah lagi menjadi seorang ayah..
Aku dapat bayangkan bagaimana perasaan ayahku ketika ini. Macam mana hati nak tenang kalau tau ibunya yang jauh sedang tenat di hospital. Ibunya di johor ayah aku pulak kat kedah. Mesti x fokus kerja.
Sejak tahun lepas dah byk kali ayah aku ulang alik balik johor. Paling kurang sebulan sekali mesti balik. Aku faham ayahku tak mau kejadian lama berulang. Dulu atuk laki tgh sakit2 tapi ayah tak mau balik lagi sebab nak tunggu aku abih exam. Ayah aku tak mau kacau aku tengah exam walaupun dalam hati dia tuhan saja yang tahu.Tapi siapa tau bila ajal akan sampai. Ayah selalu tiap2 malam baca yasin bangun pagi buat solat hajat. Tiba tiba malam tu hujan guruh lain macam. Mak aku dah rasa tak sedap hati. Masa telefon bunyi ayah aku betul betul baru abih baca yasin. Mak long bagi tau atuk laki dah meninggal. Macam mana la ayah masa tu. Mesti badan rasa berat, lemah. Baru je lepas abih baca yasin semua mintak atuk sembuh. Mesti ayah aku sedih sangat takdak masa atuk aku tengah nazak. Ayah aku paling rapat dengan atuk laki sebab dia anak laki sulung dalam 12 orang adik beradik. Yang atas semua kakak2 dia. Semua kerja2 lasak banyak ayah aku la yang tolong buat. Terlalu banyak kenangan. Itulah takdir tuhan. Masa ayah aku datang sekolah aku baru tengah jawab paper ketiga. Aku form 2 kot masa tu. Muka ayah aku tenang je masa bagi tau atuk laki dah meninggal. Mungkin dia cuba sembunyi rasa sedih dalam hati depan anak anak. Tapi aku tak perasan sangat sebab form 2 mana nak perasan sangat budak lagi.
Namun semua seakan berulang kembali. Baru-baru ni atuk pompuan masuk hospital lagi. Doktor cakap paru-paru atuk masuk air. Selalunya orang cakap bila sampai paru paru masuk air ni maknanya hidup tak lama dah. Aku pulak tak lama lagi nak final exam. Masa ayah kol bagitau semua nih, ayah pun seakan faham situasi atuk. Dia tau atuk mungkin dah tak lama. Ayah cepat2 cover bila suara dah jadi makin sedih. Ayah still lagi suruh aku jawab baik2 exam nanti. Kalau boleh dia nak datang ambik terus lepas abih exam balik johor. Aku memang tak pernah tengok dia nangis. Itulah peritnya jadi lelaki, ayah. Kebanyakan hanya mampu menangis dalam hati. Tak nak bagi orang lain tambah2 anak2 tengok. Tapi bila MAI ni wat hal tetiba pulak nak ada interview semua nih memang wat aku betul2 kecewa, marah. Dahla cakap last2 minit. Ni pun aku tak bagitau lagi kt ayah aku sebab mesti dia suh stay sampai interview. Itulah naluri seorang ayah. Perit macam mana sekali pun keutamaan tetap pada anak2. Tak sanggup nak tengok dia terus menunggu walaupun dalam hati aku tau dia dah tak mampu. Mesti sesiapa pun nak berada di samping ibunya kan tambah2 di saat2 terakhir macam ni. Berat benar dugaan yang ayah kena tanggung. Biarlah interview 2 macam mana pun. Rezeki ada di mana mana. Yang penting dapat jumpa atuk. Mungkin ini kali terakhir siapa tau kan.
Cuma bila diri dah semakin matang aku cuba memahami keadaan ayah aku sekarang. Bolehkah aku hidup jauh di kedah sedangkan ibuku yang disayangi tenat di johor di mana hidupnya mungkin sudah tidak lama? Sempatkah aku jumpa buat terakhir kali sebelum kalau2 dia pergi?
Ya Allah..
Dengarlah rintihan hambaMu ini..
Jika benar memang ajalnya sudah tiba Engkau ringankanlah segala penderitaan dialaminya..jauhilah atukku dari segala macam azab sakaratul maut..permudahkanlah permegiannya..semoga ayahku sempat berada di sisi ketika dia pergi..
Ya Allah..
Jika sudah takdir bahawa hidupnya masih panjang Engkau sembuhkanlah atukku dari segala penyakit yang dihidapinya..mudah mudahan hasrat ayah dan ibu untuk membawa atuk menunaikan haji tercapai..
Sesunnguhnya siapalah aku untuk meminta minta..namun aku ingin sekali melihat hasrat ayah membawa atuk menunaikan haji tertunai sebelum dia pergi..
Sesungguhnya tiada siapa dapat melawan kehendak dan takdirMu ya Allah..Tuhan Yang Maha Mengetahui..Engkaulah sebaik baik dalam membuat keputusan..Amin Ya Allah..Amin...
